Thursday, November 26, 2009

Surat kepada YB-YB ahli Parlimen & ADUN SARAWAK

Badan Kebajikan Siswa/Siswi Sarawak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
________________________________________________________________________

Rujukan Kami : 09/Baksar/upsi/09 (04)
Tarikh : 26/11/2009


YB-YB Ahli Parlimen & DUN
SARAWAK,


YB Tan Sri/Datuk Amar/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan,


DISKAUN PELAJAR UNTUK KAPAL TERBANG

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Merujuk perkara di atas, saya mewakili anak-anak Sarawak ingin meminta jasa baik pihak YB-YB ahli Parlimen dan ADUN Sarawak untuk menyuarakan hasrat dan permintaan kami anak-anak Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami berharap pihak YB-YB dapat menyuarakan harapan kami ke hadapan pihak berwajib bagi membantu kami.

3. Untuk pengetahuan pihak YB-YB, kos penerbangan pergi dan balik ketika cuti adalah mahal untuk pelajar Sarawak. Sebagai mahasiswa/i, kami merasakan bahawa kos untuk tiket pergi dan balik ke Sarawak adalah mahal kerana selain membeli tiket kapal terbang, kami juga perlu mengunakan wang pinjaman PTPTN kami untuk perbelanjaan lain-lain terutama untuk belajar.

4. Justeru itu, kami meminta jasa baik pihak YB-YB untuk membawa cadangan kami iaitu supaya diwujudkan satu harga yang seragam dan mampu untuk mahasiswa/i. Hal ini demikian kerana kita semua sedia maklum bahawa tiket kapal tebang untuk dua syarikat iaitu MAS dan Airasia sentiasa berubah dan kadang-kadang ia menyukarkan pelajar kerana kebiasaannya tambang murah sentiasa pada waktu peperiksaan akhir. Jadi kami juga mencadangkan agar tambang yang seragam, murah dan sesuai untuk mahasiswa/i ditetapkan. Kami mengharapkan dengan kewujudan tambang yang seragam, ia akan memudahkan mahasiswa/i untuk mendapatkan tiket kapal terbang pada bila-bila masa dan memudahkan kami untuk ke pulang ke Sarawak.

5. Segala tindakan dan perhatian pihak YB-YB ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih. Pihak kami juga akan menghantar laporan cadangan kami untuk pihak YB-YB. Sekian. Terima Kasih.

Sekian.

Yang benar,

[SAMUEL SILA MATHEW UNJAH ]
SETIAUSAHA AGUNG
BADAN KEBAJIKAN SISWA SISWI SARAWAK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
HP: 0137117477

No comments:

Post a Comment