Monday, January 26, 2009

BAJU TSHIRT BAKSAR

Salam Sejahtera dan Gong Xi FA CHAI semua,
Berita baik untuk semua ahli-ahli BAKSAR,
"Jika sebelum ini kita tidak ada baju T-SHIRT khas untuk BAKSAR, kenapa tidak sekarang".
Inilah yang diungkapkan oleh kebanyakan ahli-ahli BAKSAR selama ini. Justeru itu didalam proses untuk
memantapkan persatuan, BAKSAR akan membuat baju T-SHIRT BAKSAR sendiri untuk ahli-ahlinya.
T-SHIRT ini mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan biru serta boleh membuat pilihan sama ada hendak berkolar atau tanpa kolar.Di bawah merupakan butir-butir mengenai T-SHIRT BAKSAR.

BERKOLAR:RM26
TIDAK BERKOLAR: RM22
PILIHAN WARNA: BIRU & HITAM
UNTUK TEMPAHAN:
JANET:0134664504 (KLK/TMN NUSA)
CHATINA: 0133444417 (KLK/TMN U)
ALVINE:0194475372 (KHAR)
PRESILLIA:0138466939 (KAB)
Mohd Fauzan Iziaan: 019- 4491923 (KZ)
CEPAT...TEMPAHAN HANYA DIBUKA SEHINGGA 6 FEBUARI 2009..

Sunday, January 25, 2009

Selamat Datang....Selamat Datai ke Blog dan WEB BAKSAR..Sebenarnya tujuan untuk membuat blog ini tercetus daripada niat untuk menyatukan seluruh anak Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris terutama daripada segi kebajikan,akademik,budaya dan pelbagai lagi. Selain itu melalui laman web dan blog ini diharapkan ia akan menjadi medium untuk mahasiswa dan mahasiswi Sarawak untuk berhubung antara satu sama lain dan menjadi platform untuk mengetengahkan permasalahan yang membabitkan mahasiswa/i Sarawak khususnya. Di samping itu, kita juga akan memaparkan aktiviti terbaru BAKSAR didalam laman web ini khususnya. Jadi selepas ini tidak akan timbul isu ada dikalangan ahli BAKSAR yang tidak tahu program yang dijalankan BAKSAR selepas ini. Begitu juga melalui laman web ini kita akan mengetengahkan program yang pelbagai dan tidak terhad kepada budaya tetapi dalam konteks yang jauh lebih luas seperti penulisan ilmiah dan pemikiran seorang mahasiswa/i yang berkualiti. Tidak ketinggalan juga bagi sesiapa yang berminat nak menghantar artikel untuk diterbitkan di laman web ini, anda boleh menghubungi Editor kami untuk menghantar hasil tulisan anda. Pada masa yang sama saya mewakili rakan-rakan editor memohon maaf sekiranya laman web ini belum sempurna kerana ia masih dalam peringkat percubaan.

Apa-apa pun... kepada yang menyambut Tahun Baru Cina, BAKSAR mengucapkan "GONG XI FA CHAI"........MOGA TAHUN LEMBU MEMBERI SATU ANJAKAN PARADIGMA DARIPADA YANG SEBELUMNYA..SEKIAN...TERIMA KASIH...MUPUK AKU DULU...

DARI:
EDITOR
SAMUEL a.k.a GERASI BANSA

Saturday, January 24, 2009

SELAMAT DATANG......KE BLOG BAKSAR