Saturday, July 4, 2009

Selamat Datang Ke UPSI dan Selamat Kembali

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ambilan Julai 2009 dan selamat kembali meneruskan perjuangan kepada mahasiswa/i Sarawak yang sudah sebulan bercuti.

Sesungguhnya dengan pertambahan ahli baru BAKSAR yang semakin ramai amat membanggakan pihak BAKSAR sendiri apatah lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar "junior" semester satu pada kali ini.

Pihak BAKSAR mengharapkan semua anak-anak Sarawak yang berada di UPSI semua sudah bersedia untuk meneruskan perjuangkan untuk semester akan datang. Kepada pelajar semester 8 yang membuat praktikum pihak Baksar mengharapkan anda dapat membuat yang terbaik.

Akhir sekali kepada pelajar yang akan konvo pada Ogos ini, sekalung tahniah daripada BAKSAR kepada anda semua. Semoga anda semua berjaya di dalam dunia pekerjaan selepas ini..