Sunday, November 29, 2009

PROGRAM LAN BERAMBEH

Shah Alam- Pada 1 November bertempat di Dataran Sirim, Shah Alam pada jam 12.oo tengahari, seramai 47 orang anak-anak Sarawak dari UPSI telah memenuhi jemputan menghadiri program Lan Berambeh. Majlis ini telah dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Sarawak Semenanjung bertujuan untuk merapatkan hubungan antara anak anak Sarawak di Semenanjung Malaysia.

Pada Majlis ini terdapat sesi taklimat mengenai peluang kerjaya dan perniagaan oleh SIRIM Berhad, SARAWAK CORRIDOR FOR RENEWAL ENERGY (SCORE)dan SHELL (M)BHD. Atucara majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program, diikuti pula dengan sesi taklimat peluang kerjaya untuk mahasiswa-mahasiswi Sarawak.

Selepas habis taklimat, upacara yang ditunggu-tunggu ialah perasmian Majlis ini oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mewakili Ketua Menteri Sarawak. Sejurus selepas itu, para peserta menjamu selera di Dataran Sirim dan dihiburkan oleh Artis iaitu Camelia. Suasana agak meriah dan sambutan untuk majlis ini agak luar biasa daripada anak-anak Sarawak.

Pihak BAKSAR sendiri turut mendapat manfaat besar daripada majlis ini kerana dengan tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan dengan badan NGO Sarawak dan wakil rakyat Sarawak. Malah beberapa cadangan daripada BAKSAR sendiri telah mendapat perhatian pada masa tersebut. Ribuan terima kasih kepada Persatuan Anak Anak Sarawak Semenanjung kerana sudi menjemput kami.


No comments:

Post a Comment