Thursday, March 18, 2010

Pengumuman Rasmi Hari Terbuka Tahun Baru Cina & Krismas Persatuan Anak Sarawak Semenanjung..Perhatian UPSI

1. Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) akan menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Anak Sarawak Semenanjung telah menjemput semua anak-anak Sarawak di semua IPTA untuk sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.

2. Butiran bagi Hari Terbuka adalah seperti di bawah ini:
Program : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina & Hari Krismas
Tarikh : 24/03/2010
Tempat :Kompleks Yayasan Sarawak Kuala Lumpur, No.1 Jalan Stoner Off Jalan
Conlay, Kuala Lumpur City Centre.
Yuran : RM5.00 Sahaja ( Yuran Bus Sahaja)

3. Bagi yang berminat untuk menyertai program ini anda boleh menghubungi terus:
Saudara Samuel Sila Mathew Unjah (MPP UPSI)- 0137117477
Saudara Richarad Ak Awang (Presiden BAKSAR)- 0133370672
*Anda hanya perlu SMS Nama Penuh, Nombor Matrik dan Nombor Telefon Anda.

*Pembayaran boleh dibuat terus kepada Saudara Samuel Dan Saudara Richard sahaja.

4. Tempat adalah terhad kepada 90 orang pertama sahaja dan bayaran hendaklah dijelaskan
selewat-lewatnya 23/03/2010.

sekian,
Samuel Sila Mathew Unjah
MPP UPSI
merangkap
Naib Presiden 1 Persatuan Anak Sarawak Semenanjung