Sunday, January 25, 2009

Selamat Datang....Selamat Datai ke Blog dan WEB BAKSAR..Sebenarnya tujuan untuk membuat blog ini tercetus daripada niat untuk menyatukan seluruh anak Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris terutama daripada segi kebajikan,akademik,budaya dan pelbagai lagi. Selain itu melalui laman web dan blog ini diharapkan ia akan menjadi medium untuk mahasiswa dan mahasiswi Sarawak untuk berhubung antara satu sama lain dan menjadi platform untuk mengetengahkan permasalahan yang membabitkan mahasiswa/i Sarawak khususnya. Di samping itu, kita juga akan memaparkan aktiviti terbaru BAKSAR didalam laman web ini khususnya. Jadi selepas ini tidak akan timbul isu ada dikalangan ahli BAKSAR yang tidak tahu program yang dijalankan BAKSAR selepas ini. Begitu juga melalui laman web ini kita akan mengetengahkan program yang pelbagai dan tidak terhad kepada budaya tetapi dalam konteks yang jauh lebih luas seperti penulisan ilmiah dan pemikiran seorang mahasiswa/i yang berkualiti. Tidak ketinggalan juga bagi sesiapa yang berminat nak menghantar artikel untuk diterbitkan di laman web ini, anda boleh menghubungi Editor kami untuk menghantar hasil tulisan anda. Pada masa yang sama saya mewakili rakan-rakan editor memohon maaf sekiranya laman web ini belum sempurna kerana ia masih dalam peringkat percubaan.

Apa-apa pun... kepada yang menyambut Tahun Baru Cina, BAKSAR mengucapkan "GONG XI FA CHAI"........MOGA TAHUN LEMBU MEMBERI SATU ANJAKAN PARADIGMA DARIPADA YANG SEBELUMNYA..SEKIAN...TERIMA KASIH...MUPUK AKU DULU...

DARI:
EDITOR
SAMUEL a.k.a GERASI BANSA

2 comments:

  1. manah tu unggal..terus ke usaha ktk...
    at least ktk bisi plaform endor ktk mantai ke nama2 utai ke patut...aku semampai nyokong...

    ReplyDelete